Bila jam dah tunjuk pukul 1 pagi.. waktu ni la mood cinta datang...umur dah masuk 23 biasalah tu, tak pelikkan?? Angguk laju-laju.
Ketahuilah dia tidak pernah melihat wajah tuamu, Setiap kali dia merenung, wajah itu juga yang muncul, Iaitu wajahmu yang dilihat dalam pertemuan cinta pertama dahulu. Cinta membuat manusia cuba menguji nilai perasaan hatinya, Bercampur baur rasa namun, Tuhan juga penunjuknya. Walau tidak mencintai dan tidak dipeduli, Walau tidak mencintai tetapi peduli, Walau mencintai dan peduli, Walau mencintai dan tidak dipeduli.
Sebenarnya Agama membina rantaian cinta yang paling sempurna. Kita tidak dapat lari dari berbicara soal iman. Dalam mengurus rasa cinta, Islam memberi garis panduan asas bagi memelihara dan mendidik manusia.
Nafsu tidak menyukai kerendahan hati kepada iman. Malah membencinya. Kalau tidak kerana iman, nafsu lebih bermaharajalela. Cinta tanpa iman bertukar menjadi cinta nafsu. Cinta berpayungkan iman bakal meletakkan manusia supaya bertanggungjawab mengiringi rasa hati dan jiwa insani.
Cinta bersama agama di dalam membawa sifat tertentu iaitu perasaan malu, amanah dalam membina perhubungan dan sentiasa benar dalam mengurus rasa cinta. Dengannya bersama akhlak yang indah lagi solehah, bakal mengatur kehidupan cinta yang indah...
Oh Tuhan ... I fall in love with someone, but he did'nt know .. can or not???