- Allah berfirman : " Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk pakaian) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" Al-A'raf : 26
AURAT... ye AURAT... Islam adalah agama yang sempurna, dengan pakaian kita ni dapatlah kita menutup aurat, berhias cantik-cantik sesama manusia serta melindungi diri daripada kepanasan dan kesejukkan.. itulah antara nikmat yang dikurniakan Allah yang besar kepada manusia...Wahai saudari muslimah, ,marilah kita menuju kepada rahmat Allah, buatlah persiapan untuk sampai kepadanya dengan amal-amal soleh dan menjauhi perkara-perkara yang diharamkan.
Apakah batas-batas aurat ??? jom kita semak, batas-batas aurat berbeza dengan perbezaan keadaan-keadaan manusia iaitu :
- Anak kecil (lelaki atau perempuan) tidak ada batas aurat baginya.
- Wanita apabila sudah datang haid, auratnya dihadapan lelaki asing adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
- Di hadapan muhrim seluruh tubuhnya selain tempat perhiasan dan wuduk. Muhrim wanita ialah orang yang diharamkan menikah dengannya buat selama-lamanya.
Allah berfirman :
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan." (An-Nuur: 31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan