Assalamualaikum warokhmatullahi Wabarokatuh.
Wahai wanita muslimah, ketahuilah olehmu bahawa kaki anda juga sebahagian dari aurat.
Mengikut mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali, seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan. Bagi mazhab Hanafi pula, seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka, telapak tangan dan telapak kaki. Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat.
Dalam sebuah hadis,tatkala Asma’ binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud:
”Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid),maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” Rasulullah SAW sertakan lafaz “ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangannya.(Riwayat Abu Daud)
-Hadis Harian (Santapan Rohani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan