Ahad, 24 Februari 2013

Mood Cinta...

Bila jam dah tunjuk pukul 1 pagi.. waktu ni la mood cinta datang...umur dah masuk 23 biasalah tu, tak pelikkan?? Angguk laju-laju.

Ketahuilah dia tidak pernah melihat wajah tuamu, Setiap kali dia merenung, wajah itu juga yang muncul, Iaitu wajahmu yang dilihat dalam pertemuan cinta pertama dahulu. Cinta membuat manusia cuba menguji nilai perasaan hatinya, Bercampur baur rasa namun, Tuhan juga penunjuknya. Walau tidak mencintai dan tidak dipeduli, Walau tidak mencintai tetapi peduli, Walau mencintai dan peduli, Walau mencintai dan tidak dipeduli.

Sebenarnya Agama membina rantaian cinta yang paling sempurna. Kita tidak dapat lari dari berbicara soal iman. Dalam mengurus rasa cinta, Islam memberi garis panduan asas bagi memelihara dan mendidik manusia. 

Nafsu tidak menyukai kerendahan hati kepada iman. Malah membencinya. Kalau tidak kerana iman, nafsu lebih bermaharajalela. Cinta tanpa iman bertukar menjadi cinta nafsu. Cinta berpayungkan iman bakal meletakkan manusia supaya bertanggungjawab mengiringi rasa hati dan jiwa insani. 

Cinta bersama agama di dalam membawa sifat tertentu iaitu perasaan malu, amanah dalam membina perhubungan dan sentiasa benar dalam mengurus rasa cinta. Dengannya bersama akhlak yang indah lagi solehah, bakal mengatur kehidupan cinta yang indah...

Oh Tuhan ... I fall in love with someone, but he did'nt know .. can or not???  


Jumaat, 22 Februari 2013

Larangan Melihat AURAT.!!


  • Allah berfirman : " Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk pakaian) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" Al-A'raf : 26

AURAT... ye AURAT... Islam adalah agama yang sempurna, dengan pakaian kita ni dapatlah kita menutup aurat, berhias cantik-cantik sesama manusia serta melindungi diri daripada kepanasan dan kesejukkan.. itulah antara nikmat yang dikurniakan Allah yang besar kepada manusia...Wahai saudari muslimah, ,marilah kita menuju kepada rahmat Allah, buatlah persiapan untuk sampai kepadanya dengan amal-amal soleh dan menjauhi perkara-perkara yang diharamkan.

Apakah batas-batas aurat ??? jom kita semak, batas-batas aurat berbeza dengan perbezaan keadaan-keadaan manusia iaitu : 
  1. Anak kecil (lelaki atau perempuan) tidak ada batas aurat baginya.
  2. Wanita apabila sudah datang haid, auratnya dihadapan lelaki asing adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
  3. Di hadapan muhrim seluruh tubuhnya selain tempat perhiasan dan wuduk. Muhrim wanita ialah orang yang diharamkan menikah dengannya buat selama-lamanya.
Allah berfirman : 
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan." (An-Nuur: 31)

Selasa, 5 Februari 2013

KELEBIHAN MENINGGALKAN PERBALAHAN WALAUPUN DI PIHAK YANG BENAR ATAU SALAH.












Daripada Abu Umamah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)


Daripada Abu Darda’, Abu Umamah, Waiylah bin Asyqa’ dan Anas bin Malik. Mereka berkata : 


“Telah keluar Rasulullah SAW telah marah-marah dengan semarah-marahnya. Yang sebelum ini tidak pernah Rasulullah marah seperti itu. Kemudian kami bercakap,-cakap “. Maka Nabi SAW bersabda : 

“Bertenang Wahai Umat Muhammad, sesungguhnya telah binasalah orang yang sebelum kamu ini (perbalahan), tinggalkanlah perbalahan yang boleh mendatangkan sedikit kebaikan. Tinggalakanlah perbalahan…sesungguhnya orang mukmin itu tidak berbalah. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya perbalahan itu mendatangkan kerugian. Tinggalkanlah perbalahan, memadailah dosa kita jika kita sentiasa dalam perbalahan. 

Sesungguhnya aku tidak memberikan syafaat baginya (orang yang berbalah) pada hari Kiamat. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya aku memberi jaminan dengan tiga buah rumah di dalam Syurga : Di dalam taman-tamannya, di tengah-tengahnya dan tempat yang paling tinggi iaitu untuk orang yang meninggalkan perbalahan. Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).



Wallahu’alam.

IBU....


Saya Sayang Ibu ♥♥



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibubapamu dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)...."


Sesungguhnya kebaktian yang paling baik terhadap orang tua yang telah meninggal dunia adalah menyambung silaturrahim 
dengan orang yang dikasihi oleh kedua-dua mereka...

Semoga kita menjadi anak yang solehah kepada ibubapa kita
yang menyenangkan hati gundah mereka... Allah...sungguh saya hiba bila terkenangkan mereka di alam barzakh sana, hanya doa sebagai lambang cinta kepada dua insan istimewa kurniaanMu Allah, perbanyakkan doa dan bersedekah untuk ibubapa dan semoga dengan izin Allah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berbakti kepada ibubapa.. 

IBU... pinjamkan aku hatimu agar aku faham liang luka yang sering engkau ceritakan melalui air matamuWahai ibuku...buah kebaktian dan kasih sayangmu tidak terhitung banyaknyatetap dihati hingga aku mati



Isnin, 4 Februari 2013

SAHABATKU~

SAHABAT...Mengenalmu hanya dari rangkaian kata...
Mengenalmu hanya dari dunia maya...YA ALLAH,izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga..yg dihiasi dgn kelopak akhlak mulia..harum wanginya dgn ilmu agama...cantiknya kerana iman dan takwa..
biar menjd rahsia kekal abadi...
namun keindahan zahirnya disimpan rapi..
bkn perhatian mata ajnabi..
yg menjd punca fitnah hati..
wajahnya bkn mengudang dosa...
timbulnya duri yg memagari dirinya agar terpilihara dari noda duniawi yg menhlgkan harum sejati..
yg memudarkan kecantikan nanti...untuk engkau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgamu nanti....




‎"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

~♥~ YA ALLAH..JAGAKAN DIA UNTUKKU ~♥~

Pesanan Ummi Salamah kepada saya sewaktu menuntut di Bustanul Arifat Darut Tahfiz :
Menjalani cinta manusia jangan sampai hilangnya berkat di alam rumahtangga,
Menyusuri hari ini jangan sampai lupa akan mati...

Jika benar anda mencintai dia
Bimbinglah si dia ke jalan redhaNYA
Tuntunilah si dia menggapai redhaNYA
Didiklah hatinya untuk mencintai ALLAH dan RASULULLAH d
idiklah dia untuk mengasihi orang tuanya kerana syurga itu ada pada mereka

Jika benar anda mencintai dia
Ingatkanlah dia dengan lima perkara sebelum datangnya lima perkara
Ingatkanlah dia tentang seruan cinta ILAHI pada setiap lima waktu
Ingatkanlah dia untuk sama-sama istiqamah
Ingatkanlah dia untuk perbanyakkan mengingati mati

Jika benar anda mencintai dia
Ajaklah dia untuk sama-sama basahkan lidah memuji kebesaraNYA
Ajaklah dia untuk banyakkan berselawat kepada RASUL junjungan
Ajaklah dia membaca nota cinta ILAHI iaitu AL-QURAN
Ajaklah dia untuk mengikuti wasiat RASULULLAH iaitu hadis dan sunnah

Jika benar anda mencintai dia
Lengkapkanlah kekurangan yang ada padanya
Kasihilah dia dengan cinta kerana ALLAH
Sentuhlah hatinya dengan kasih sebuah doa
Pimpinlah jiwanya dengan deen yang indah
Rinduilah dia dengan rindu kepada YANG ESA dan RASULULLAH

Andai tiba saatnya nanti
Maka lamarlah dia dengan kalimah syahadah
Istigkharah cintalah pada YANG SELAYAKNYA
Tuntunilah dia menggapai syurga ALLAH
Jagalah dia daripada neraka ALLAH
Sesungguhnya cinta sejati itu adalah hanya kerana ALLAH semata-mata
kerana ALLAH lah yang telah mengurniakan rasa cinta itu.... :-) Anasalmah Ahmad 




CARA-CARA MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG.


Check it out ~ ~ 

1. Sembahyang berjemaah, (yang paling afdhal ialah di masjid),

2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang subhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. Memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).

3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4. Jangan solat dengan menahan buang air besar atau buang air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdo'a apabila air melalui tiap-tiap anggota.

6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.....heeee

7. Solat di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya' boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu).

8. Pastikan supaya tidar ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.

9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya solat itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.

10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

11.Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

12. Memahami segala bacaan dalam sholat termasuk ayat-ayat Al-Qur'an dan segala zikir.

13. Sebelum mengankat takbir, membaca surah An-Nas, selawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.

14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.

15. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud (jika sembahyang sendirian)

17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita solat.

18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Solat Tahajjud~


Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.


Ikhlas dr, Anasalmah Ahmad :-)

Berhati-hati membaca Al-Fatihah dalam solat fardhu ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.... Semoga perkongsian ini bermanfaat,


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Pentingnya membaca Al-Fatihah dengan betul sehinggakan saya pun terpaksa membacanya berulang-ulang kali sehingga betul dan tepat sewaktu menuntut di Bustanul Arifat Darut Tahfiz (mengisi waktu lapang sewaktu cuti semester je.......) Kalau tidak berhati-hati, bukan setakat bacaannya saja rosak malah terkadang kita menyeru nama syaitan di dalam solat kita, nauzubillah minzalik.... sekiranya kita tidak berhati-hati. Berikut adalah nama-nama syaitan terlaknat yang wujud ketika tarsasar bacaannya didalam al-Fatihah..... 

Nama-nama syaitan pada ejaan berhuruf besar;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya dulillah
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya hi rob
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ki yau
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nak
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya ka nas
6. MUSTAKIIM (bila dibaca dengan kaaf) sepatutnya mustaqiim


Aurat Wanita

♥ Bismillahirrohmaanirrohim ♥
Assalamualaikum warokhmatullahi Wabarokatuh.

Wahai wanita muslimah, ketahuilah olehmu bahawa kaki anda juga sebahagian dari aurat.

Mengikut mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali, seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan. Bagi mazhab Hanafi pula, seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka, telapak tangan dan telapak kaki. Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat.

Dalam sebuah hadis,tatkala Asma’ binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud:

”Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid),maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” Rasulullah SAW sertakan lafaz “ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangannya.(Riwayat Abu Daud)

-Hadis Harian (Santapan Rohani)

Iman Manusia

Sekadar renungan untuk semua yg sudi membaca :-) 


Fitrahnya iman itu bermusim. Ada masanya ia naik dan turun. Demikianlah hakikat kejadian manusia. Namun, insan yang beruntung adalah jika imannya semakin bertambah seiring dengan amalannya. Jika kita terbuat dosa lain, kembalikan diri dan hati (hati yang paling penting) kepada jalan Allah SWT. Kuatkan diri, berdoa agar Allah SWT kuatkan hati dan semangat kita. Mohonlah bantuan dariNya dalam meredah ujian hidup ini. Ingat bahawa, ujian terbesar dari Allah SWT adalah kepada hambaNya yang paling Dia sayang. Kalau kita tidak mampu untuk membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya sekali. Bermula dengan yang mudah, mulakan dengan solat 5 waktu, inshaAllah amalan-amalan baik lain akan mengikuti...


Ikhlas dr, Anasalmah ahmad :-)